Gambar Terkini Fatih

September 16, 2009

P9120012

P9120008

P9120009

gambar-gambar fatih ketika membeli belah baju raya!


Fatih berjumpa doktor Pakar Telinga

July 10, 2009

Info terkini Fatih

1. Semalam ayah dan ibu bawa fatih jumpa dengan Dr Abdul Razak Rahman Hamzah , Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.

2. Doktor bagitau gegendag telinga Fatih bengkak dan berlubang sedikit.

3. Secara teorinya, apabila fatih demam dan kahak banyak, kahak itu boleh cross ke telinga.

4. Apabila dah banyak sangat, kahak itu boleh pressure gegendang telinga sehingga boleh tembus dan keluar ikut telinga.

5. Ayah dan ibu begitu sedih melihat Fatih nangis apabila dr menjalankan procedure bersihkan nanah dalam telinga kiri fatih.

6. Namun, demi nak melihat fatih sehat ibu ngan ayah terpaksa.

7. Doktor bagi ubat titis di telinga dan antibiotik.

8. InsyaAllah Fatih cuba habiskan antibiotik.

Doakan Fatih cepat sembuh ya semua.


Situasi Fatih Terkini

July 1, 2009

1. Bagi tadi ayah & ibu check telinga fatih sebelah kiri masih ada keluar semacam nanah/lendir/kahak kehijauan, tapi dah tak banyak.

2. Ibu ambil cutton bad basah cket cuci yang kat luar telinga.

3. Petang ni ayah ada survey cket kat internat pasal nanah/lendir kat telinga.

4.Pagi semalam dah bawak fatih jumpa Dr fadzilah pakar kanak-kanak kat DEMC. Bila doktor check ada lubang kecil kat gegendang telinga fatih. Mengikut dr dia akan tertutup sendiri nanti. Dr bagi antibiotik dan ubat kahak/selsema.

5. Berat fatih turun lagi dari 9.6kg kepada 9.38kg

6. If petang ni macam tak berubah juga, nampakknya ayah dan ibu kena bawak fatih jumpa Pakar ENT kat DEMC untuk futher checking.

Doakan Fatih ya semua.


Berat Fatih Terkini

June 29, 2009

1. Sebelum demam 9.8kg

2. Selepas demam turun 9.6kg

3. Namun fatih tetap ceria.

4. Ada lendir keluar daripada telinga kiri fatih.

5. Lendir ini merupakan kahak yang cross ke telinga dari tekak.

6. Alhamdulillah lendiran itu tidak membahayakan, cuma perlu dikawal.

7. Doakan fatih ya semua.


Fatih Demam Campak

June 25, 2009

ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة

Maaf lama tak sempat update blog saya ni.

Untuk pengetahuan semua, saya demam sejak dua hari yang lepas.

Demam Campak.

Suhu badan hampir 41 darjah celcius. Ibu ngan ayah begitu risau sekali.

Malam-malam pun saya tidak boleh tidur nyenyak.

Rasa tak selesa badan.

Ya Allah sembuhkanlah daku.

Fatih


Muhammad Al Fateh

March 6, 2009

Muhammad Al Fateh

Movie tentang Muhammad Al Fateh

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Teringat masa jadi tutor kat UIA dulu, masa tu duk ngajar circuit and signals..every tutorial, i took 5 minutes to talk about anything I like…one day, I talk about Muhammad Al Fateh to my students….rata-rata mereka tak kenal siapa Muhammad Al Fateh ni, only a few je yang angkat tangan tanda mrk kenal siapa tokoh ini..

Saya pun berceritalah tentang kehebatan Muhammad Al Fateh ini..I said to them ” Dialah tokoh engineer yang kita nak contohi” (al maklum seme tu student engineering)…Dia engineer hebat yang menggunakan segala teknologi yg ada pada zaman dia tu utk meninggikan syiar Islam…dengan itu, telah terbukti Muhammad Al Fateh worthy of the title given in the hadith above…the BEST Leader with the BEST of soldiers…

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu. (Taken from link ini)

He became the khalifah of turki uthmaniyyah at the age of 19! (erm, apa gamaknya yg kita tengah buat masa umo tu, i was still doing A-level and very immature, iskk) but yet, with tarbiyyah yang mantap, boleh membentuk rijal yg hebat seperti dia..

I remember from a lecture in UIA (masa tu kelas tafsir Al Quran), the ustazah said that since a child Muhammad Al Fateh was being raised with strict and very good tarbiyyah. He has a personal naqib, who nurtured him and put in him the izzah of being a muslim and the naqib planted in him the hadith above and said “you will be that leader mention in the hadith”…so, drp kecil, berkobar-kobar cita2 Muhammad Al Fateh utk membuka kota konstatinople…

And after just two years of being a khalifah, dia berjaya menawan kota konstatinople itu…pusat kristian di Timur…hebat, sungguh hebat bagaimana strategi perang yg beliau buat (sila lihat movie di atas utk mengetahui dengan lebih lanjut).

untuk membaca dengan lebih lanjut, sila ke link ustaz fauzi di sini.

Moga kita seme dapat menjadi dan melahirkan ramai lagi Muhammad Al Fateh, menaikkan semula khilafah islamiyah…ameen!


fatih genap setahun

February 19, 2009

MUHAMMAD FATIH BIN MUHAMMAD AMIN

HARI INI TANGGAL 23 SAFAR 1430 MAKA GENAPLAH USIA FATIH SETAHUN.

FATIH KINI SEDANG MEMBESAR.

FATIH JUGA SEORANG BAYI YANG AKTIF DAN CERGAS.

SERINGKALI JUGA SAYA ATAUPUN ISTERI MEMBAWA FATIH BERSAMA-SAMA DALAM MESYUARAT.

FATIH SEORANG ANAK YANG BAIK.

MUDAH-MUDAHAN FATIH MENJADI SEBAGAIMANA SULTAM MUHAMMAD AL-FATIH.

- AYAH & IBU -

ABU FATIH & UMMU FATIH


Fatih 1430

January 9, 2009

FATIH KINI BERUSIA 10 BULAN LEBIH.

SUDAH PANDAI SEBUT ‘TATA’ DAN TANGANNYA IKUT MELAMBAI-LAMBAI.

SUDAH CUBA UNTUK BERDIRI TANPA BERPEGANG KEPADA BENDA-BENDA LAIN.

Ust Muhammad Fatih


Fatih Kini

October 31, 2008

Tanggal 29/8/2008 genap usia fatih 8 bulan. Kini fatih dah cekap merangkak dan mula hendak berpaut dan berdiri. Alhamdulillah


Gambar Terkini Fatih

September 19, 2008

FATIH SENYUM.