Info terkini Fatih
1. Semalam ayah dan ibu bawa fatih jumpa dengan Dr Abdul Razak Rahman Hamzah , Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.
2. Doktor bagitau gegendag telinga Fatih bengkak dan berlubang sedikit.
3. Secara teorinya, apabila fatih demam dan kahak banyak, kahak itu boleh cross ke telinga.
4. Apabila dah banyak sangat, kahak itu boleh pressure gegendang telinga sehingga boleh tembus dan keluar ikut telinga.
5. Ayah dan ibu begitu sedih melihat Fatih nangis apabila dr menjalankan procedure bersihkan nanah dalam telinga kiri fatih.
6. Namun, demi nak melihat fatih sehat ibu ngan ayah terpaksa.
7. Doktor bagi ubat titis di telinga dan antibiotik.
8. InsyaAllah Fatih cuba habiskan antibiotik.
Doakan Fatih cepat sembuh ya semua.

July 18, 2009 at 2:22 pm |
assalamualaikum.
was blog hopping and found out this blog. anak saya nama Muhammad Al-Fateh. born on may 7, 2008. anak saya Fateh juga sakit telinga. Otitis media. Fateh juga sedang berusaha mkn antibiotic. Doctor di sini ckp, kena sentiasa hati2 kalau Fateh selesema sbb Fateh jenis senang nk kena sakit telinga.
semoga fatih cepat sembuh. Semoga Allah permudahkan jln Fatin + family. inSya Allah.
July 20, 2009 at 1:20 am |
Waalaikumussalam
Syukran kerana sudi melawat blog fatih ini.
Hingga hari ini telinga fatih masih ada keluar nanah warna macam kahak.
InsyaAllah by this week kami akan bawa fatih sekali lagi jumpa dr pakar untuk review semula.
Setakat ini fatih makan ubat antibiotik dan titis.
Dah dekat 2 minggu situasi ini.
Terima kasih kepada mamafateh kerana sudi berkongsi.
Kami sekeluarga juga mengharapkan fateh cepat sembuh.