HEBATNYA KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATEH

July 14, 2009


HEBATNYA KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATEH

Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.

Merenung dan mentadabburkan hadis itu, menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha hendak menjadikan dirinya sebagai orang yang baik.

Adapun tentera-tenteranya, Sultan Muhamad Al-Fateh telah membawa mereka ke satu kepulauan untuk diadakan latihan di sana. Dalam latihan itu, diberi penekanan dari sudut jasmani dan rohani.

Pada siangnya, mereka ditadribkan dengan latihan ketenteraan. Pada sebelah malamnya pula, mereka ditarbiyyah dengan tahajud dan baca Al-Quran.

Sultan Muhammad Al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua perang yang dilantik, bahkan baginda Sultan sendiri menghadiri latihan ketenteraaan tersebut.

Pada siangnya, Sultan Muhammad Al-Fateh berada di atas kuda memerhatikan latihan ketenteraan yang dilibatkan kepada tentera-tenteranya. Pada waktu malamnya pula, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri berjalan menyiasat di khemah-khemah tentera, apakah mereka bertahajud dan baca Al-Quran atau tidak.
Read the rest of this entry »


Fatih berjumpa doktor Pakar Telinga

July 10, 2009

Info terkini Fatih

1. Semalam ayah dan ibu bawa fatih jumpa dengan Dr Abdul Razak Rahman Hamzah , Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.

2. Doktor bagitau gegendag telinga Fatih bengkak dan berlubang sedikit.

3. Secara teorinya, apabila fatih demam dan kahak banyak, kahak itu boleh cross ke telinga.

4. Apabila dah banyak sangat, kahak itu boleh pressure gegendang telinga sehingga boleh tembus dan keluar ikut telinga.

5. Ayah dan ibu begitu sedih melihat Fatih nangis apabila dr menjalankan procedure bersihkan nanah dalam telinga kiri fatih.

6. Namun, demi nak melihat fatih sehat ibu ngan ayah terpaksa.

7. Doktor bagi ubat titis di telinga dan antibiotik.

8. InsyaAllah Fatih cuba habiskan antibiotik.

Doakan Fatih cepat sembuh ya semua.


Situasi Fatih Terkini

July 1, 2009

1. Bagi tadi ayah & ibu check telinga fatih sebelah kiri masih ada keluar semacam nanah/lendir/kahak kehijauan, tapi dah tak banyak.

2. Ibu ambil cutton bad basah cket cuci yang kat luar telinga.

3. Petang ni ayah ada survey cket kat internat pasal nanah/lendir kat telinga.

4.Pagi semalam dah bawak fatih jumpa Dr fadzilah pakar kanak-kanak kat DEMC. Bila doktor check ada lubang kecil kat gegendang telinga fatih. Mengikut dr dia akan tertutup sendiri nanti. Dr bagi antibiotik dan ubat kahak/selsema.

5. Berat fatih turun lagi dari 9.6kg kepada 9.38kg

6. If petang ni macam tak berubah juga, nampakknya ayah dan ibu kena bawak fatih jumpa Pakar ENT kat DEMC untuk futher checking.

Doakan Fatih ya semua.