http://one-g.blogspot.com/2008/11/kota-konstentinopel-vs-malaysia.html
KOTA KONSTENTINOPEL VS MALAYSIA
Hampir dua minggu aku agak kurang menulis dalam ruangan blog ini. Ianya berpunca kekeringan idea, disamping kesebukkan sedikit dengan usaha mendekati anak-anak muda.
Dalam kesebukan itu, aku sempat mengkhatamkan dua buah buku sejarah yang menampilkan dua personality perjuangan yang amat mengkagumkan, iaitu Sultan Muhammad Al-fateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Dan kini, aku sedang berusaha mengkhatamkan buku sejarah yang menampilkan seorang lagi personality jihad, iaitu Tariq bin Ziyad yang berjaya membuka pemerintahan Islam di Andalusia.
Dari kedua-dua personality ini, aku amat kagum dengan perjuangan mereka, tetapi aku amat teruja sedikit kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menguasai Kota Konstentinopal.
aku tidak mengetahui, apakah sebab kekaguman aku itu melebihi kepada Sultan Muhammad Al-Fateh berbanding Sultan Salahuddin Al-Ayubi, sedangkan jika diperhatikan kepada Sultan Salahuddin, beliau juga mempunyai kehebatan yang tidak kurang hebatnya dalam perjuangan menguasai Baitul Muqaddis.
Aku merasakan, kekaguman itu bermula, apabila kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh itu berpunca dari hadis Nabi SAW yang berbunyi;
لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ
Maksudnya;
“Akan dibuka Kota Konstantinopal. Sebaik-baik raja, adalah rajanya. Sebaik-baik tentera, adalah tentera itu[1]”
Menurut ceritanya, usaha membuka Kota Konstantinopal ini, bukan sekadar di usahakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh sahaja, bahkan telah diusahakan oleh ramai sahabat-sahabat Nabi SAW, seperti Saidina Ali, Saidina Muawiyyah dan Abu Ayyub Al-Ansari.
Yang menariknya, sahabat-sahabat Nabi SAW ini tidak berjaya menguasai Kota Konstantinopal, bahkan didapati Abu Ayyub Al-Ansari merupakan antara sahabat Nabi yang paling serius untuk menguasai kota itu sehinggakan beliau syahid dan jenazah beliau disemadikan di kawasan Kota Konstantinopel tersebut. Tetapi, kemenangan ini telah dikecapi dengan seorang raja muda seumur 19 tahun, dengan berjaya Islam menguasai Kota Konstantinopel, yang akhirnya kota itu diberi nama Islambul yang kemudian namanya ditukar kepada Istambul.
Posted by aminchehassan 



Posted by aminchehassan 