October 2, 2009

Fatih bersama Ayah di Hari Raya 2009 di rumah nenek kat batu pahat johor

Sedang mengumpulkan duit raya dalam plastik. Dapat banyak ke Fatih duit Raya?

Ayah Ngah (bapak sepupu), Ayah, Fatih, Tok Usop. Fatih beraya di rumah Tok Usop di Kluang, Johor.

Bersama sepupu-sepupu..izati, erin & dila.
Leave a Comment » |
Raya | Tagged: RAYA 2009 |
Permalink
Posted by aminchehassan
September 16, 2009



gambar-gambar fatih ketika membeli belah baju raya!
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by aminchehassan
July 14, 2009

HEBATNYA KEPEMIMPINAN MUHAMMAD AL-FATEH
Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah tentera yang baik.
Merenung dan mentadabburkan hadis itu, menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fateh telah berusaha hendak menjadikan dirinya sebagai orang yang baik.
Adapun tentera-tenteranya, Sultan Muhamad Al-Fateh telah membawa mereka ke satu kepulauan untuk diadakan latihan di sana. Dalam latihan itu, diberi penekanan dari sudut jasmani dan rohani.
Pada siangnya, mereka ditadribkan dengan latihan ketenteraan. Pada sebelah malamnya pula, mereka ditarbiyyah dengan tahajud dan baca Al-Quran.
Sultan Muhammad Al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua perang yang dilantik, bahkan baginda Sultan sendiri menghadiri latihan ketenteraaan tersebut.
Pada siangnya, Sultan Muhammad Al-Fateh berada di atas kuda memerhatikan latihan ketenteraan yang dilibatkan kepada tentera-tenteranya. Pada waktu malamnya pula, Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri berjalan menyiasat di khemah-khemah tentera, apakah mereka bertahajud dan baca Al-Quran atau tidak.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
cerita |
Permalink
Posted by aminchehassan
July 10, 2009
Info terkini Fatih
1. Semalam ayah dan ibu bawa fatih jumpa dengan Dr Abdul Razak Rahman Hamzah , Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam.
2. Doktor bagitau gegendag telinga Fatih bengkak dan berlubang sedikit.
3. Secara teorinya, apabila fatih demam dan kahak banyak, kahak itu boleh cross ke telinga.
4. Apabila dah banyak sangat, kahak itu boleh pressure gegendang telinga sehingga boleh tembus dan keluar ikut telinga.
5. Ayah dan ibu begitu sedih melihat Fatih nangis apabila dr menjalankan procedure bersihkan nanah dalam telinga kiri fatih.
6. Namun, demi nak melihat fatih sehat ibu ngan ayah terpaksa.
7. Doktor bagi ubat titis di telinga dan antibiotik.
8. InsyaAllah Fatih cuba habiskan antibiotik.
Doakan Fatih cepat sembuh ya semua.
2 Comments |
Uncategorized |
Permalink
Posted by aminchehassan
July 1, 2009
1. Bagi tadi ayah & ibu check telinga fatih sebelah kiri masih ada keluar semacam nanah/lendir/kahak kehijauan, tapi dah tak banyak.
2. Ibu ambil cutton bad basah cket cuci yang kat luar telinga.
3. Petang ni ayah ada survey cket kat internat pasal nanah/lendir kat telinga.
4.Pagi semalam dah bawak fatih jumpa Dr fadzilah pakar kanak-kanak kat DEMC. Bila doktor check ada lubang kecil kat gegendang telinga fatih. Mengikut dr dia akan tertutup sendiri nanti. Dr bagi antibiotik dan ubat kahak/selsema.
5. Berat fatih turun lagi dari 9.6kg kepada 9.38kg
6. If petang ni macam tak berubah juga, nampakknya ayah dan ibu kena bawak fatih jumpa Pakar ENT kat DEMC untuk futher checking.
Doakan Fatih ya semua.
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by aminchehassan
June 29, 2009
1. Sebelum demam 9.8kg
2. Selepas demam turun 9.6kg
3. Namun fatih tetap ceria.
4. Ada lendir keluar daripada telinga kiri fatih.
5. Lendir ini merupakan kahak yang cross ke telinga dari tekak.
6. Alhamdulillah lendiran itu tidak membahayakan, cuma perlu dikawal.
7. Doakan fatih ya semua.
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by aminchehassan
June 25, 2009
ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة
Maaf lama tak sempat update blog saya ni.
Untuk pengetahuan semua, saya demam sejak dua hari yang lepas.
Demam Campak.
Suhu badan hampir 41 darjah celcius. Ibu ngan ayah begitu risau sekali.
Malam-malam pun saya tidak boleh tidur nyenyak.
Rasa tak selesa badan.
Ya Allah sembuhkanlah daku.
Fatih
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by aminchehassan
May 29, 2009
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Oleh : Dato’ Husam Musa
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya – Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuatd. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuate. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaanf. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
Read the rest of this entry »
Leave a Comment » |
cerita |
Permalink
Posted by aminchehassan
April 27, 2009
Alhamdulillah kami berdua cukup gembira apabila melihat Fatih sudah pandai berjalan.
Petang-petang saya bawa fatih training berjalan di depan rumah kami.
Kadang-kadang jika berkesempatan kami bawa Fatih ke Tasik Shah Alam.
Fatih anak yang bijak.
Fatih biasanya akan menunjuk-nunjuk kearah ‘air terjun’ buatan di Tasik Shah Alam sambil menyebut ‘ooo’….’oooo’.
Apabila kami mengajuk ‘ayah’ fatih boleh sebut jelas.
Apabila kami sebut ‘ibu’ fatih sebut ‘buu..’ tak jelas sangat sebutan.
(maaf ibu saya sedang berusaha).
Tapi Fatih cekap menyebut ‘mama’..& ‘air’.
Kami berkesempatan bawa Fatih ke KLIF09 (Pesta Buku) di PWTC.
Kami belikan fatih kad Tulisan jawi dan beberapa keping buku dan poster nombor & warna.
Kami tekankan untuk pelaburan pendidikan BAITUL AMRA.
Leave a Comment » |
Perkongsian |
Permalink
Posted by aminchehassan
April 15, 2009
Rasanya agak lama tidak mencatit di blog anakanda yang dikasihi.
Berita terkini fatih :
- sudah mula pandai berjalan dalam 5 langkah. lepas tu merangkak semula
-keadaan kesihatan fatih agak terganggu. kahak agak banyak. malam2 fatih tidak dapat tdo lena. ayah & ibu pun ikut sama
-berat fatih terkini 8.5kg. seorang baby yang aktif.
InsyaAllah saya akan sampaikan lagi berita & gambar terkini fatih.
Leave a Comment » |
cerita |
Permalink
Posted by aminchehassan